SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI

Kepada semua pengunjung kami yang dihormati..

ZHULIAN PRODUK SEISI KELUARGA

Wednesday, June 9, 2010

TUALA WANITA WANISA


tuala wanita wanisa ~ perlindungan terbaik bagi setiap wanita pada hari-hari tertentu, setiap bulan






Rangkaian produk TUALA WANITA WANISA adalah penemuan revolutioner yang memenuhi segala keperluan anda, sama ada semasa kedatangan haid mahupun hari-hari di antaranya. Dengan 6 lapisan perlindungan berkualiti hebat, ia membantu anda mengawal keadaan walaupun pada hari-hari dengan aliran yang merunsingkan. Potongannya direka agar terletak kemas mengikut bentuk tubuh anda serta memberikan perlindungan anti-kebocoran yang hebat. Ciri serap terus uniknya dengan lapisan penyerap pelbagai merupakan 'penyelamat' di hari-hari aliran yang tenat. Kedua-dua sayap berpelekatnya (Siang & Malam sahaja) dan pita pelekat yang kuat akan melekap mengikut lentur seluar dalam anda dan menetapkan TUALA WANITA WANISA pada kedudukannya.

dengan jalur bio-perlindungan multi-tindakan termaju!

Lebih daripada itu, Jalur Bio-Perlindungan Multi-Tindakannya memberikan lebih banyak kebaikan untuk perlindungan dan penjagaan yang secukupnya. Jalur Bio-Perlindungan Multi-Tindakan ini diliputi serbuk Bioseramik termaju untuk memancarkan sinar inframerah jauh (FIR) dan ion negatif untuk kebaikan peningkat kesihatan. Jalur unik ini juga ditatahi agen anti-bakteria nano perak yang berkesan merencatkan pertumbuhan mikrob bagi menghalang jangkitan, keradangan, kegatalan dan bau busuk yang dikaitan dengan tempoh haid.



dengan tiga jenis bungkusan - siang, malam dan pelapik!





Rangkaian TUALA WANITA WANISA didatangkan dalam 3 bungkusan mudah untuk menolong anda menghadapi hari-hari aliran haid anda: "Siang" untuk hari aliran biasa; "Malam" untuk hari aliran tenat atau untuk kegunaan di waktu malam dan "Pelapik" untuk hari aliran ringan atau untuk kegunaan harian. Rasai kesegaran dan keselesaan yang unggul, dapatkan perlindungan kebersihan maksimum dan bebaskan diri anda dari gangguan bulanan! Bertukarlah kepada seorang wanita yang yakin dan percaya-diri! Jadilah wanita berkuasa!



NK 5701 RM66.00 (WM0 RM68.00 (EM)

NK 5702 RM66.00 (WM0 RM68.00 (EM)

NK 5703 RM66.00 (WM0 RM68.00 (EM)

NK 5704 RM66.00 (WM0 RM68.00 (EM)

No comments:

Post a Comment